KUALA NERUS: “Bangunan kedai yang runtuh membawa pergi semua kenangan dan lambang kegigihan saya mencari rezeki melalui perniagaan sejak 20 tahun lalu,” kata Manan Ali, 70. Dia adalah pemilik kedai makan dan kedai menjual hasil laut di Kampung Tanjung Batu Rakit di sini, yang runtuh akibat hakisan dan ombak besar setinggi tiga meter pada pukul 9.30 malam kelmarin. Manan berkata, hakisan yang berlaku semakin meruncing sejak akhir-akhir ini dengan struktur…










