Lelaki jual cecair vape campur ketamin ditangkap

Lelaki jual cecair vape campur ketamin ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang lelaki tanpa kerakyatan ditangkap kerana disyaki menjual cecair vape dicampur dengan ketamin, yang menurut polis semakin popular dalam kalangan pengunjung kelab malam di Bangkok.

Komander Balai Polis Makkasan, Urumporn Khundetsamrit berkata, suspek yang hanya dikenali sebagai Singha, 28, ditangkap di sebuah kondominium di daerah Huai Khwang, Bangkok semalam, berdasarkan daripada maklumat diterima.

Beliau berkata, polis merampas 201 kartrij e-rokok yang mengandungi cecair dicampur dengan ketamin dari kondominium itu.

Katanya, suspek adalah individu tanpa kerakyatan yang dibenarkan tinggal di negara itu di bawah kad pengenalan khas.

Ketua balai polis mendedahkan pihaknya menerima maklumat mengenai remaja yang sering mengunjungi kelab malam di Bangkok dan beralih kepada cecair vape dicampur ketamin.

Hasil siasatan mendapati, suspek didakwa menjual kartrij e-rokok mengandungi ketamin melalui aplikasi pemesejan Line dengan harga 2,500 baht (RM319) setiap kartrij.

Urumporn berkata, suspek menghantar kartrij tersebut kepada pelanggan menggunakan perkhidmatan penunggang.

Katanya, suspek juga sedang menyiapkan pesanan kepada pelanggan ketika polis menyerbu kondominium itu, semalam.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN