Ibu, anak ditemukan mati dalam BMW

Ibu, anak ditemukan mati dalam BMW

KESAN hitam dipercayai akibat kebocoran petrol mengakibatkan dua beranak mati dalam kereta di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang wanita dan anak lelakinya ditemukan mati dalam kereta BMW milik­nya di hadapan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, mangsa ditemukan mati dalam keada­an tragis kira-kira pukul 9.30 malam.

Katanya, mangsa berusia 42 tahun dan anak bongsu berusia 14 tahun itu dipercayai mati akibat terhidu gas dalam kereta ketika enjinnya masih hidup.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis mendapat laporan mengenai kejadian pada pukul 10 malam dan mendapati mang­sa bersama anak lelakinya mati dalam kereta BMW. Siasatan mendapati tiada unsur jenayah.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada kebocoran saluran minyak petrol di bahagian enjin yang menyebabkan berlakunya pemeluwapan dan memasuki saluran pendingin hawa kereta berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBU di sini semalam.

Balveer Singh berkata, mayat dua beranak itu dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini untuk dibedah siasat.

Menurut Balveer Singh, mang­sa bersama anak ketiganya pergi membeli belah di kawasan di Bandar Baru Uda setelah memberhentikan kereta di lokasi kejadian untuk berehat seketika.

“Mangsa dipercayai berehat seketika di lokasi itu sebelum pulang ke rumah mereka di Bakar Batu.

“Semakan mendapati mangsa sempat berbalas mesej dengan rakannya menerusi Whatsapp mengatakan mahu berhenti dan berehat setelah merasa penat dan tak sihat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini