Anak punca Kaka, Adam rujuk semula

Anak punca Kaka, Adam rujuk semula

KAKA Azraff dan Adam Zariff bersama tiga anak mereka iaitu Aslan, Aryan dan Atta.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Khabar angin mengenai penyanyi popular, Kaka Azraff yang dikatakan sudah rujuk semula dengan bekas suaminya, Adam Zariff bukan lagi teka-teki apabila perkara itu disahkan seorang sumber terdekat.

Menurut sumber itu, Kaka dan Adam membuat keputusan untuk rujuk semula demi kebaikan tiga anak mereka iaitu Aslan, Aryan dan Atta.

“Apa yang saya tahu, memang dia (Kaka) cakap sudah berbaik dengan Adam. Bekas suaminya itu juga bersungguh-sungguh mahu berbaik de­ngan Kaka dan tidak dinafikan, anak-anak punca utama mereka buat keputusan untuk bersama kembali.

“Pada masa sama, tidak di­nafikan ada pihak yang menasihatkan mereka supaya rujuk selepas habis idah supaya boleh bernikah semula.

“Tetapi, Kaka dan Adam membuat keputusan rujuk se­mula semasa dalam tempoh idah supaya urusan itu lebih mudah,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Kata sumber itu lagi, meskipun kedua-duanya mahu memperbaiki semula rumah tangga yang retak, tidak dinafikan ada pihak yang tidak bersetuju.

“Pun begitu, saya difahamkan Adam benar-benar ber­usaha mahu ‘memperjuangkan’ Kaka dan anak-anaknya. Mungkin disebabkan itu, hubungan ini kembali bertaut.

“Saya harap semua pihak dapat mendoakan agar Kaka dan Adam kuat sebagai sebuah keluarga dan hubungan ini kekal hingga ke jannah,” katanya.

Kaka dan Adam sebelum ini mengejutkan ramai pihak apabila didakwa sudah rujuk sebagai suami isteri setelah memilih untuk bercerai Oktober lalu.

Perkara tersebut mula menjadi perbualan selepas Adam memuat naik foto mereka bersama ketika menghadiri sebuah acara fesyen baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Adam turut meluahkan rasa cinta dan syukur dengan aturan Allah SWT mengenai jodoh mereka.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 6, dan Aryan, 4 dan Atta, setahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN