PUTRAJAYA: Seramai 13 pegawai pemeriksa kenderaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) disyaki terlibat dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat di sebuah pusat pemeriksaan kenderaan di sekitar ibu negara. Menurut sumber, kesemua suspek lelaki berusia antara 20 dan 40-an itu telah ditahan antara pukul 1 hingga 2 petang Selasa dan 10 pagi hingga 3 petang Rabu ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. “Siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai…










