PETALING JAYA: Yuran bagi taman asuhan kanak-kanak (taska) dijangka meningkat bagi menampung kos operasi tambahan termasuk kenaikan gaji minimum, pembiayaan latihan dan kebajikan pekerja. Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM), Norsheila Abdullah berkata, peningkatan itu seiring pembayaran gaji pengasuh termasuk dua caruman bulanan selain latihan kemahiran berterusan dan kebajikan harian. Katanya, ia selepas kos latihan yang sebelum ini dibiayai kerajaan melalui subsidi, perlu ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengusaha taska. “Kemungkinan…










