Skuad Sabil tawar mangsa banjir penginapan percuma

Skuad Sabil tawar mangsa banjir penginapan percuma

MUHAMMAD Saifullah Ali menunjukkan penginapan percuma yang dikhaskan kepada mangsa banjir di Kampung Kuala Semerak, Pasir Puteh, Kelantan. - MINGGUAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Skuad Sabil Malaysia menawarkan perkhidmatan penginapan percuma kepada mangsa banjir yang menghidap penyakit kronik dan tidak sesuai ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) jika gelombang kedua melanda negeri ini.

Timbalan Pesuruhjaya Skuad Sabil Malaysia, Muhammad Saifullah Ali berkata, tawaran itu terbuka kepada pesakit mangsa banjir termasuk wanita dalam pantang, pesakit jantung, diabetes dan buah pinggang seluruh Kelantan sekiranya banjir besar berlaku pada gelombang kedua kelak.

“Sebanyak 23 bilik di D’ Kuala Resort di Pasir Puteh disediakan bagi tujuan ini termasuk perkhidmatan percuma pesakit mendapat rawatan di hospital atau klinik kesihatan berdekatan,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh berkata, skuad itu meneruskan aktiviti amal membantu penduduk terkesan dalam gelombang banjir kedua yang diramal berlaku minggu depan.

Menurutnya, sebelum ini anggota skuad berkenaan ke lapangan tanpa uniform untuk menunjukkan khidmat amal yang dijalankan tidak berasaskan politik yang lebih kepada kemanusiaan sejagat.

“Kita gerakkan petugas untuk memberi perkhidmatan ikhlas dan telus kepada semua mangsa banjir yang terkesan membabitkan aspek kebajikan dan keperluan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya