Pemborong mengeluh beli harga beras import RM3,200 satu tan

Pemborong merungut beli harga beras import RM3,200 satu tan

Ismail Awang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (Barim) mendakwa pemborong masih membeli beras putih import (BPI) pada harga tinggi iaitu RM3,200 satu tan metrik sedangkan ia sudah diturunkan bermula bulan ini.

Presiden Barim, Ismail Awang berkata, ia bertentangan dengan pengumuman Menteri Pertanian dan Keter­jaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu pada 29 November lalu bahawa BPI diturunkan daripada RM3,000 kepada RM2,800 per tan metrik berkuat kuasa 1 Disember lalu.

“Sehingga kini, Barim masih menerima aduan dan rungutan harga BPI tidak seperti dinyatakan, sebaliknya dijual RM3,200 satu tan metrik tan.

“Timbul persoalan apakah wujud pelanggaran arahan oleh pihak berkenaan apabila harga BPI bukan seperti diumumkan kerajaan sebaliknya lebih mahal daripada ditetapkan.

“Segala bukti pembelian dan invois sudah pun dikemukakan kepada pihak berkenaan malah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pun tahu tentang perkara itu, namun ia seolah-olah tiada penyelesaian sehingga kini,” dakwanya kepada Utusan Malaysia.

Mac lalu, Mohamad mengumumkan pelaksanaan BPI daripada RM3,200 kepada RM3,000 per tan metrik untuk memastikan berlakunya penurunan harga jualan makanan rugi tersebut di antara RM2 hingga RM3 bagi setiap kampit 10 kilogram di peringkat runcit.

Pada 29 November lalu, Mohamad sekali lagi mengumumkan harga BPI diturunkan daripada RM3,000 kepada RM2,800 per tan metrik berkuat kuasa 1 Disember lepas.

Penurunan harga itu dikatakan selari dengan penurunan harga semasa pasaran beras dunia serta pengukuhan nilai tukaran Ringgit Malaysia berban­ding Dolar Amerika Syarikat.

Ismail mendakwa, bagi pihak pemborong, mereka terpaksa membuat pembelian walaupun BPI dijual pada harga RM3,200 satu tan metrik demi memenuhi permintaan pelanggan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN