Palestin kecam menteri 'ekstremis' Israel rampas pembesar suara masjid

Palestin kecam menteri ‘ekstremis’ Israel rampas pembesar suara masjid

ITAMAR Ben-Gvir sering menyokong keganasan serta hasutan terhadap rakyat Palestin.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEBING BARAT: Rakyat Palestin mengecam keputusan Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir untuk merampas pembesar suara dari masjid-masjid di bandar Arab di Israel, lapor Anadolu.

Menteri ekstremis itu dengan bangga mendakwa pembesar suara masjid dirampas kerana menganggapnya sebagai punca gangguan.

Majlis Kebangsaan Palestin dalam kenyataan semalam menyifatkan, keputusan itu sebagai jenayah terhadap masjid.

“Tindakan ini merupakan serangan terang-terangan terhadap tempat suci dan amalan agama, yang dijamin oleh undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan, serta cubaan untuk mengukuhkan rasisme.

“Ia juga adalah bentuk penindasan terhadap pemilik tanah yang sah, di mana kerajaan pendudukan berusaha untuk meminggirkan serta memperlakukan mereka sebagai minoriti selepas mengusir sebahagian besar dari tanah mereka secara paksa,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, kumpulan pejuang Hamas menyelar keputusan Ben-Gvir dan menyifatkannya sebagai jenayah serius serta serangan kebebasan beribadat.

Hamas menggesa rakyat Palestin menolak keputusan jenayah itu dan mengambil tindakan untuk menghalang pihak berkuasa Israel daripada menganggu tempat ibadat umat Islam.

Ia juga mendesak Liga Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan organisasi antarabangsa untuk mengutuk jenayah itu, mengambil langkah menghentikan pencabulan terhadap rakyat Palestin serta meminta pemimpin pendudukan bertanggungjawab dengan jenayah mereka.

Ben-Gvir meningkatkan retorik provokatif terhadap rakyat Palestin di tengah perang berterusan Israel di Gaza, yang mengorbankan lebih 44,400 nyawa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak 7 Oktober tahun lalu.

Menteri itu turut menyeru pelaksanaan hukuman mati terhadap tahanan Palestin sebagai langkah mengurangkan kesesakan di penjara, dan menggambarkannya sebagai penyelasaian separa kepada isu tersebut.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN