PETALING JAYA: Malaysia menekankan kepentingan keadilan dan keselamatan dalam perdagangan global sambil menekankan keperluan untuk pembaharuan dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Ia termasuk memulihkan mekanisme penyelesaian pertikaian dan memupuk dialog inklusif untuk menangani kebimbangan semua ahli, khususnya negara membangun. Perkara itu disuarakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pertemuan dengan Ketua Pengarah WTO, Dr. Ngozi Okonjo-Iweala yang dalam lawatan sulung beliau ke Malaysia dari 6 hingga 8 Disember…









