GUANAJUATO: Sekurang-kurangnya lapan maut selepas sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah beberapa premis di sebuah pusat perniagaan di Apaseo el Grande, Guanajuato, Mexico, malam Sabtu lalu. Menurut pihak berkuasa, serangan di pusat komersial itu turut mengorbankan dua anggota bomba dan seorang paramedik yang bertugas dengan sistem penjagaan kesihatan negeri. Dua lagi mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut, namun tiada tangkapan dibuat setakat ini. Guanajuato, terkenal sebagai hab perindustrian utama…