Israel terus bedil Gaza

Israel terus bedil Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Tentera Israel membedil rumah dalam beberapa serangan di utara Gaza, termasuk satu serangan udara yang membunuh sekurang-kurangnya 15 orang di bandar Beit Lahiya.

Menurut Perkhidmatan Kecemasan Awam Palestin, tiga hospital yang hampir tidak beroperasi di kawasan itu tidak dapat menampung mangsa cedera akibat serangan tersebut.

Serangan terbaharu rejim juga menyebabkan beberapa orang masih hilang, dengan pasukan penyelamat tidak dapat mengakses mangsa.

Penduduk berkata, beberapa ruma dibom dan sebahagiannya dibakar di Jabalia, Beit Lahiya dan Beit Hanoun, tiga bandar di pinggir utara Gaza.

Mereka berkata, dron Israel menjatuhkan bom di luar sebuah sekolah yang menjadi tempat perlindungan penduduk yang hilang tempat tinggal di Beit Lahiya.

Rakyat Palestin berkata, tentera Israel cuba mengusir orang ramai keluar dari kawasan utara Gaza melalui pemindahan paksa dan pengeboman untuk mewujudkan zon penampan.

Tentera Israel menafikan dakwaan itu dan mendakwa kembali ke kawasan tersebut untuk menghalang pejuang Hamas daripada berkumpul semula di kawasan yang sebelumnya dibersihkan.

Bekas menteri pertahanan Israel, Moshe Yaalon menuduh rejim melakukan jenayah perang dan pembersihan etnik di Gaza, mencetuskan kritikan keras daripada pihak kerajaan.

Yaalon memberitahu media Israel, golongan pelampau dalam Kabinet sayap kanan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu ingin mengusir rakyat Palestin dari utara Gaza dan bercadang untuk menghidupkan semula penempatan Yahudi di kawasan itu.

Isnin lalu, tentera Israel menolak dakwaan serius Yaalon itu.

“Angkatan Pertahan Israel (IDF) beroperasi mengikut undang-undang antarabangsa dan memindahkan orang awam berdasarkan keperluan operasi demi melindungi mereka,” menurut kenyataan tersebut.– REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN