Israel paksa sukarelawan Indonesia tinggalkan utara Gaza

Israel paksa sukarelawan Indonesia tinggalkan utara Gaza

BEBERAPA mangsa cedera sedang dirawat di dalam Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia, utara Gaza, berikutan serangan Israel di sekitar kompleks perubatan itu.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Tentera Israel memaksa petugas perubatan Indonesia yang menjadi sukarelawan di Hospital Kamal Adwan di utara Gaza untuk meninggalkan kawasan itu kelmarin, selepas beberapa hari tiba dengan bantuan kecemasan.

Lima sukarelawan dari organisasi bukan kerajaan Indonesia, Jawatankuasa Penyelamat Kecemasan Perubatan (MER-C), tiba di hospital itu pada 1 Disember dan merupakan pasukan pertama yang sampai di sana dalam tempoh 60 hari.

Pakar bedah dari MER-C, Dr. Faradina Sulistiyani berkata, mereka terpaksa meninggalkan hospital pada pagi Jumaat selepas menerima dua amaran.

“Kami berjalan kaki dari Kamal Adwan sehingga je Jalan Salah Al-Din. Mereka sedang mengebom hospital sekarang,” kata Faradina dalam sebuah klip video sejurus di Bandar Gaza.

Dari Hospital Kamal Adwan, pasukan itu berjalan kaki ke Hospital Indonesia yang terletak berhampiran, sebuah kemudahan dibiayai dan dibuka oleh MER-C pada 2016.

Hospital itu sekali lagi menjadi sasaran serangan Israel selepas mengalami kerosakan teruk tahun lalu dan sebahagiannya dibuka semula pada Jun lepas.

Rakaman video yang dikongsi oleh MER-C menunjukkan petugas perubatan Indonesia berlindung di hospital tersebut ketika serangan serangan mengenai bangunan itu.

Kumpulan sukarelawan tersebut tiba di lebuh raya utama di Gaza, Jalan Salah Al-Din dan dijemput oleh sebuah ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin.

“Masih ada orang yang berjalan kira-kira 300 meter di belakang kami. Semoga mereka yang berada di Kamal Adwan, termasuk pesakit dapat dipindahkan,” kata jururawat pasukan itu, Kamal Putra Pratama dalam sebuah video dari dalam kenderaan.

Kebanyak doktor di hospital tersebut ditahan oleh tentera Israel dalam serbuan sejak akhir Oktober.

Pengarah Hospital Kamal Adwan, Dr. Hussam Abu Safiya berkata, pasukan Indonesia, terdiri daripada Dr Faradina, seorang pakar obstetrik dan dua jururawat, merupakan satu-satunya kumpulan yang dapat menjalankan pembedahan dalam beberapa hari lalu.

“Tiada lagi pakar bedah yang tinggal. Bekalan perubatan semakin berkurangan dan terdapat ratusan mangsa,” katanya sambil melaporkan puluhan mangsa akibat serangan pada Jumaat.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN