Israel bedil Hospital Kamal Adwan, empat doktor terbunuh

Israel bedil Hospital Kamal Adwan, empat doktor terbunuh

SEORANG lelaki warga Palestin mendukung kanak-kanak yang cedera dalam pengeboman Israel di Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia di utara Gaza.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Sekurang-kurangnya empat doktor terbunuh dalam serangan terhadap Hospital Kamal Adwan di utara Gaza, selepas tentera Israel menyerbu kawasan tersebut semalam.

Insiden itu turut menyaksikan sekurang-kurangnya 29 nyawa terkorban dan ramai lagi cedera di kawasan sekitar, menurut saksi kepada CNN.

Pengarah hospital, Hussam Abu Safiya berkata, tentera Israel memaksa kakitangan perubatan dan pesakit meninggalkan hospital berkenaan serta memusnahkan bekalan perubatan kritikal.

Serangan bermula pada awal pagi apabila dua utusan berpakaian biasa menggunakan pembesar suara mengarahkan semua orang di hospital itu untuk mengosongkan premis.

“Dalam serangan selama dua jam, ramai lelaki termasuk kakitangan perubatan dan penduduk yang berlindung di hospital ditahan,” katanya.

Beliau berkata, dron Israel melancarkan tembakan tepat, sementara kenderaan tentera mengepung hospital tersebut.

Pesakit, penduduk dan kakitangan perubatan diarahkan berkumpul, sebelum dipaksa menuju ke pusat pemeriksaan di selatan Gaza.

Delegasi perubatan Indonesia yang merupakan satu-satunya pasukan bedah di hospital itu turut dipaksa keluar dan tidak dibenarkan kembali.

Tentera Israel dilaporkan meninggalkan hospital itu beberapa jam kemudian, meninggalkan hospital yang rosak teruk akibat serangan udara dan tembakan.

Menurut Abu Safiya, tangki oksigen hospital turut dimusnahkan dan hanya tinggal dua pakar bedah yang kurang pengalaman untuk merawat pesakit cedera parah.

Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan, terdapat lebih 3,700 penduduk Palestin terbunuh sejak serangan terbaharu Israel dilancarkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN