PETALING JAYA: Sebarang usaha untuk mempertahankan kedaulatan negara terutama membabitkan tuntutan bertindih dan menuntut semula hak Malaysia tidak boleh dihadkan kepada beberapa individu tertentu atas alasan kerahsiaan. Sebaliknya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan isu kedaulatan negara seperti hilang atau kekalnya sesuatu jajahan hendaklah dilaksanakan secara bersepadu dengan penglibatan semua kementerian, jabatan dan agensi. Dalam laporan…