Dua pelajar istimewa hasilkan ‘Fairy Lamp’

Dua pelajar istimewa hasilkan ‘Fairy Lamp’

JOELSON Jefri (dua, kiri) dan Muhammad Haziq Han Hamzah (dua,i kanan) menunjukkan ‘Fairy Lamp’ yang dihasilkan daripada botol plastik terpakai bersama guru pembimbing, Nur Shasabila Shamsudin (kiri) dan Nurfarahiyah Mahmud (kanan) di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Pasir Gudang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dua pelajar pendidikan khas membuktikan masalah pembelajaran bukan halangan untuk berjaya dalam sesuatu bidang.

Semangat dan kegigihan yang tinggi dua pelajar tersebut, Muhammad Haziq Han Hamzah dan Joelson Jefri, masing-ma­sing berumur 16 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2 berjaya mencipta lampu hiasan daripada botol plastik terpakai diberi nama ‘Fairy Lamp’.

Guru pembimbing, Nurfarahiyah Mahmud berkata, walaupun menghadapi masalah pembelajaran, dua pelajar tersebut amat kreatif dan berani menyerlahkan bakat mereka dengan tunjuk ajar yang diberikan.

“Dengan bimbingan dan tunjuk ajar, mereka sangat kreatif dan berani mencuba apa yang diajar terutama untuk membuat sesuatu projek yang memerlukan kemahiran.

“Saya dan seorang lagi guru, Nur Shasabila Shamsuddin berusaha mendidik mereka agar berjaya membuat sesuatu yang berguna, terutamanya untuk memelihara alam sekitar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, walaupun dalam kelas pendidikan khas masalah pembelajaran, tetapi dengan curahan ilmu tanpa jemu, dua pelajar istimewa itu berjaya menterjemahkan bakat yang dimiliki mereka.

Semuanya bermula pada Mei lalu menerusi projek bahan kitar semula terutamanya botol plastik.

“Saya mengajar mereka cara mengunting botol plastik untuk dijadikan kepingan dan menjadikannya kelopak bunga yang cantik.

Nurfarahiyah berkata, setelah diberi tunjuk ajar mereka berjaya menyiapkan setangkai bunga plastik dalam masa dua jam dan kini lebih 30 tangkai bunga botol plastik berjaya disiapkan dan dilengkapi dengan lampu solar kecil yang me­nerangi kawasan sekolah pada waktu malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×