Derita gadis jalani hemodialisis, patah kaki kanan, kaki kiri dipotong

Derita gadis jalani hemodialisis, patah kaki kanan, kaki kiri dipotong

JASIAH ketika dikunjungi rakan sekolah di rumahnya di Felda Jengka Satu, Maran, Pahang. – UTUSAN/ SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Seorang anak peneroka Felda Anggerik Jengka 1 dekat sini mengharungi penderitaan apabila terpaksa menjalani rawatan hemodialisis sejak lima tahun lepas dan kaki kirinya dipotong akibat penyakit kencing manis.

Ekoran penyakitnya itu juga, Jasiah Mohd Nasim, 44, yang merupakan pekerja sebuah sya­rikat minyak di Bentong terpaksa melepaskan jawatan kera­na tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerjaya.

Katanya, dia tidak me­nyangka penyakit kencing manis yang dihidapi sejak usia remaja menyebabkan buah pinggangnya rosak dan sehingga perlu menjalani rawatan hemodialisis.

“Saya terpaksa menjalani rawatan hemodialisis tiga kali seminggu dengan kos lebih RM800. Kos ini termasuk membayar sewa kereta dan sagu hati jiran yang sudi membawa saya ke pusat hemodialisis di Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) Jengka,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Felda Anggerik Jengka 1.

Jasiah mengakui buntu me­ngenangkan nasib menimpa dirinya kerana tiada sumber kewangan tetap bagi membiayai kos rawatan dan pemakanan sihat yang disyorkan doktor.

Menurutnya, lebih malang kaki kirinya terpaksa dipotong beberapa bulan lepas kerana jangkitan kuman manakala kaki kanan pula patah kerana tulang rapuh.

“Ketika ini masa saya banyak dihabiskan di atas kerusi roda. Mata pula semakin rabun, begitu besar dugaan saya tanggung tetapi hidup perlu diteruskan,” katanya.

Menurutnya, secara kese­luruhannya kos perbelanjaan bulanan melebihi RM4,000 bagi membeli susu khas, ubat-ubatan, kos hemodialisis, upah kereta dan lain-lain.

“Saya juga perlu menjaga ibu yang telah tua dan uzur sedangkan saya juga perlu dibantu untuk bergerak,” katanya.

Mereka yang berhasrat menyumbang boleh masuk ke akaun Maybank Jasiah Mohd Nasim di 156141322198 atau hubungi di talian 017-5487655.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN