PETALING JAYA: Seorang lagi suspek bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat rasuah sebagai balasan mendapatkan projek-projek pembinaan di Sarawak bernilai kira-kira RM250 juta. Suspek yang ditahan merupakan rakan kongsi kepada pengarah syarikat yang sebelum ini telah ditahan SPRM pada Khamis lalu. Penahanan itu menjadikan tiga suspek termasuk seorang jurutera awam telah ditahan SPRM sehingga hari ini. Menurut sumber, Datuk dengan pengarah syarikat berkenaan berpakat dan berkomplot bagi membolehkan beberapa syarikat mendapat projek-projek pembinaan dikeluarkan pejabat kerja raya sebuah daerah di Sarawak. “Mereka dipercayai telah melakukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya