China bangun kereta api terapung paling laju di dunia

China bangun kereta api terapung paling laju di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China kini membangunkan kereta api terapung menggunakan teknologi Maglev (levitasi magnetik) yang mampu mencapai kelajuan luar biasa sehingga 621 kilometer sejam, sekali gus menjadikannya kereta api paling laju di dunia.

Projek ini dikendalikan oleh China Railway dan menggunakan teknologi Maglev seperti beberapa kereta api berkelajuan tinggi lain di dunia.

Namun, perbezaannya ialah model baharu ini akan bergerak dua kali ganda lebih pantas berbanding mana-mana kereta api yang pernah dibina.

Ketika ini, Shanghai Maglev memegang rekod sebagai kereta api terpantas di dunia dengan kelajuan 285 kmj.

Ia juga merupakan kereta api pertama yang menggunakan teknologi Maglev.

Kereta api baharu ini dijangka bergerak pada kelajuan lebih dua kali ganda daripada Shanghai Maglev.

Untuk perbandingan, kelajuan semasa kereta api berkelajuan tinggi di China ialah 217mph, bermakna model baharu ini akan membawa penumpang lebih 400 kmj lebih pantas.

China Railway menyatakan pembangunan kereta api itu bertujuan untuk mencipta pengangkutan lebih pantas, pintar, mesra alam dan cekap tenaga.

Kereta api itu juga dijangka mengatasi masalah kelewatan serta memastikan pengalaman perjalanan yang selesa, tanpa gangguan seperti kopi tumpah ketika perjalanan.

Projek ini memperlihatkan usaha berterusan China untuk berada di barisan hadapan dalam teknologi pengangkutan global.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×