BEIJING: China meluluskan pembinaan empangan kuasa hidro terbesar di dunia, terletak di timur dataran tinggi Tibet, yang berisiko menjejaskan berjuta-juta penduduk di hilir sungai di India dan Bangladesh. Empangan, yang terletak di bahagian hilir Sungai Yarlung Zangbo, dianggar mampu menghasilkan 300 bilion kilowatt-jam (kWh) elektrik setiap tahun, menurut anggaran diberikan Power Construction Corp of China pada 2020. Projek empangan itu dijangka menghasilkan lebih daripada tiga kali ganda kapasiti 88.2 bilion…










