WASHINGTON: Bitcoin melonjak ke rekod tertinggi baharu, melanjutkan persaingan yang menyaksikan kenaikan harga mata wang kripto sebanyak lebih 50 peratus sejak kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya Amerika Syarikat (AS) pada 5 November lalu.
Mata wang kripto terbesar di dunia itu melepasi AS$106,000 (RM472,509), sebelum jatuh semula kepada sekitar AS$104,500 (RM465,834) dalam perdagangan Asia semalam.
Pentadbiran Trump yang akan datang dilihat jauh lebih mesra terhadap mata wang kripto daripada pentadbiran Presiden Demokrat, Joe Biden.
Khamis lalu, Presiden terpilih AS itu mengulangi bahawa beliau sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan simpanan nasional mata wang digital, sama dengan rizab minyak strategik negara itu.
“Persaingan Bitcoin sejak pilihan raya lalu seakan parabola dan semakin mengumpul momentum.
“Ramai pelabur percaya kenaikan sehingga AS$120,000 (RM534,943) boleh dicapai menjelang akhir tahun dan kemudian pada 2025 terdapat jangkaan lebih besar mencecah angka AS$150,000 (RM668,662) menjelang pertengahan tahun,” kata Peter McGuire dari platform dagangan XM.com kepada BBC.
Awal bulan ini, Trump menamakan usahawan Silicon Valley, David Sacks sebagai penasihat kecerdasan buatan (AI) dan mata wang kriptonya.
Sacks ialah bekas Eksekutif PayPal dan rakan rapat hartawan, Elon Musk.– BBC










