JAKARTA: Banjir kilat dan tanah runtuh yang melanda Pulau Jawa, Indonesia awal minggu ini meragut sekurang-kurangnya lima nyawa, manakala tujuh lagi dilaporkan masih hilang, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB). Hujan lebat yang melanda daerah Sukabumi, Jawa Barat pada 3 Disember lalu menyebabkan sekurang-kurangnya 10 jambatan musnah dan ratusan rumah rosak. “Sehingga jam 9 pagi 6 Disember, jumlah korban meningkat kepada lima orang, manakala tujuh individu masih hilang,” kata jurucakap…