BANGKOK: Majlis sambutan hari jadi seorang kanak-kanak di sebuah restoran di daerah Hatyai bertukar tragedi, apabila kedua ibu bapanya maut terkena tembakan pelanggan mabuk. Insiden yang berlaku pada malam Ahad lalu di restoran Khrua Paowana di Jalan Nuan Kaew Uthit dipercayai tercetus selepas suspek seorang lelaki berusia 50-an, bergaduh dengan pelayan restoran berkenaan. Polis berkata, saksi mengenal pasti suspek sebagai sukarelawan pertahanan daerah Hatyai, Akarapon Pamchamnong. Kenyataan polis mendedahkan, suspek…










