Warga emas berputih mata, RM176,500 lesap diperdaya skim pelaburan tidak wujud - Utusan Malaysia

Warga emas berputih mata, RM176,500 lesap diperdaya skim pelaburan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang ejen insurans berputih mata kerugian RM176,500 selepas terpedaya dengan skim pelaburan yang tidak wujud dalam laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, warga emas tersebut terpikat dengan keuntungan yang dijanjikan oleh skim pelaburan yang diiklankan oleh Bank of China Investment (BOCI) ketika melayari Facebook pada 5 Ogos lalu.

Menurutnya, mangsa yang berasal dari Kuala Terengganu telah menghubungi suspek melalui aplikasi WhatsApp sejurus melihat iklan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, mangsa sangat te­ruja apabila dijanjikan keuntu­ngan 65 peratus daripada wang yang dilaburkan.

“Oleh itu, mangsa telah me­lakukan 10 kali pemindahan wang ke empat akaun berlainan berjumlah RM176,500 bermula 10 September hingga 31 Oktober lalu.

“Mangsa kemudiannya diberi keuntungan dalam sistem aplikasi group VIPDB3-BOCI Investment Club berjumlah RM2 juta.

“Malangnya, wang tersebut tidak boleh dikeluarkan dan pelbagai bayaran diminta de­ngan alasan untuk mengeluarkan wang terbabit secara tunai,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azli berkata, mangsa yang berasa tertipu kemudian tampil membuat laporan polis petang semalam.

Menurutnya semua wang yang dilaburkan adalah hasil simpanan dan kad kredit milik mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Saya ingin mengingatkan orang awam supaya jangan mudah terpedaya dengan skim pelaburan di laman sosial.

“Walaupun pelbagai peringatan telah diberi dan diwar-warkan oleh pihak berkuasa, masih ramai yang terpedaya dan menanggung kerugian besar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini