SINGAPURA: Seorang wanita Singapura dijatuhkan hukuman penjara selama tiga minggu selepas mengaku bersalah terhadap cubaan rasuah. Wang Xiping melakukan kesalahan itu pada 17 Julai lalu selepas ditahan seorang anggota polis bantuan kerana memandu di lorong khas untuk bas dan lori sejurus melalui imigresen Singapura di Tambak Johor. Menurut laporan berita Singapura, Xiping tidak dibenarkan memandu di lorong khas itu dan diarahkan membuat pusingan U ke Kompleks Kastam Woodlands untuk masuk…










