PETALING JAYA: Kerajaan akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi meningkatkan keselamatan dan menangani sebarang ancaman pencerobohan di sempadan Malaysia-Thailand di utara Semenanjung. Pihak berkuasa juga akan menggunakan dron dan pengwujudan pusat kawalan bagi mengumpulkan data secara tepat mengenai sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan keselamatan negara. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tiga langkah akan dilaksanakan kerajaan bagi memastikan sempadan Malaysia-Thailand sentiasa dilindungi daripada sebarang ancaman. “Dalam…










