KUALA KANGSAR: Malaysia berisiko kehilangan RM100 bilion nilai eksport sawit jika isu mewajibkan geran tanah dan lesen tidak ditekankan dalam kaedah penanaman serta penjualan buah kelapa sawit ke kilang pemprosesan. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ini kerana setiap kilang pemprosesan perlu mematuhi syarat pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang merupakan kehendak oleh pengimport, terutamanya Kesatuan Eropah (EU). Jelasnya, soal pemilikan tanah yang dibuktikan dengan…