LIPIS: Biarpun usianya sudah mencecah 91 tahun dan mempunyai masalah pendengaran, detik hitam bergelut dengan harimau belang pada April 2013 masih segar dalam ingatan seorang warga emas di Kampung Lik, Mukim Cheka di sini. Ekoran kejadian malang itu, Manap Busu mengalami putus ibu jari kanan selain turut menerima jahitan di lengan dan dada kiri. Mengimbas kejadian itu, beliau berkata, ketika kejadian dia seorang diri mencari kerbau yang hilang dalam hutan…










