MELAKA: Seorang pemandu kren warga Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat lima kilogram, bulan lalu. Tertuduh, Darmawan, 39, mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kesalahan mengedar dadah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 5,054 gram di…