PARLIMEN: Ismail Sabri tegur PBT

PARLIMEN: Ismail Sabri tegur PBT

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak lain diingatkan untuk tidak menggunakan undang-undang ‘kecil’ untuk membunuh haiwan terbiar atau melakukan keganasan hingga melanggari Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun negara mempunyai Akta 772 tetapi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) merekodkan lebih 7,600 aduan pende­raan haiwan diterima sejak 2021 hingga ketika ini.

Kata beliau, kes pendera­an haiwan di Selangor sudah mencecah 3,334 iaitu separuh daripada jumlah aduan yang diterima.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi saya ingin tahu adakah JPV yang menguatkuasakan Akta 772, mampukah menghalang kekejaman atau pembunuhan kepada haiwan-haiwan ini? Apa yang berlaku sekarang ini banyak dalam kalangan majlis daerah atau PBT yang menggunakan undang-undang kecil mereka di dalam membunuh atau menembak haiwan-haiwan liar ini.

“Walaupun mereka ada undang-undang kecil tetapi Akta 772 diluluskan di Parlimen, bermakna ia lebih tinggi daripada undang-undang kecil di majlis daerah. Jadi, kita harap pihak majlis tidak menjadikan alasan ini untuk menembak haiwan sesuka hati tanpa sebab munasabah yang dibenarkan JPV,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Ismail Sabri berkata demikian ketika membahaskan Peringkat Jawatankuasa Bagi Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 bagi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri yang juga bekas Perdana Menteri, mencadangkan kerajaan untuk mengkaji semula Akta 772 dan memindanya jika perlu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×