Pantai Telok Kemang 'bebas' khemah biru - Utusan Malaysia

Pantai Telok Kemang ‘bebas’ khemah biru

KEADAAN Pantai Telok Kemang, Port Dickson bebas tanpa kehadiran khemah dan kanopi biru yang sejak sekian lama menimbulkan rungutan dalam kalangan pengunjung di pantai tersebut. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Setelah sekian lama berdepan isu gangguan khemah dan kanopi biru, hari ini keadaan di Pantai Telok Kemang di sini berubah sepenuhnya.

Tinjauan Utusan Malaysia semalam mendapati tiada lagi kanopi biru dipacakkan di pantai itu selain peniaga mengusahakan sewaan khemah juga sudah tiada.

Apa yang tinggal hanyalah pengusaha yang menawarkan sewaan pelbagai aktiviti air serta pengunjung pantai berkelah hanya beralaskan tikar.

Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) baru-baru ini mengeluarkan arahan untuk semua peniaga sewaan khemah dan kanopi menghentikan perniagaan mereka bermula semalam.

Pengunjung, Muhammad Hifzhan Khairuddin, 19, berkata wajah baharu di Pantai Telok Kemang itu kelihatan lapang dan bersih berbanding sebelum ini.

“Lepas ini mudah untuk pe­ngunjung berkelah dengan ha­nya bentangkan tikar pun sudah memadai tanpa diganggu khemah dan kanopi seperti sebelum ini.

“Sebelum ini kami rasa seper­ti terpaksa menyewa khemah tersebut tetapi kini tidak perlu lagi dan pemandangan pantai juga adalah lebih baik dan indah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN