Pangkalan haram di Sungai Golok lengang

Pangkalan haram di Sungai Golok lengang

ANGGOTA Pasukan Gerakan Am memperketatkan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di pangkalan haram, Rantau Panjang, Kelantan. – UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Pangkalan haram sepanjang Sungai Golok di sini yang sebelum ini sibuk dengan urusan keluar masuk penduduk yang tinggal di sempadan Malaysia-Thailand le­ngang sejak seminggu lalu.

Situasi itu susulan tangkapan enam rakyat Malaysia bersama 6,000 pil yaba di Golok, Thailand pada Jumaat lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati Briged Tenggara Pa­sukan Gerakan Am (PGA) memperketatkan kawalan di beberapa pangkalan haram yang sering menjadi laluan rakyat kedua-dua negara.

Sepanjang hampir dua jam berada di lokasi, tiada sebarang aktiviti lintas sempadan berlaku di kawasan berkenaan.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, kawalan sempadan telah diperketatkan sebagaimana saranan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat.

“Kita (PGA) mengambil maklum perkara itu dan kawalan sempadan telah diperketatkan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sementara itu, seorang pe­ngusaha bot dikenali sebagai Mat Deris, 48, berkata, jumlah penumpang yang menyeberangi Sungai Golok menggunakan khidmat bot penambang turun dengan mendadak.

Katanya, perkhidmatan itu hanya digunakan oleh penduduk berhampiran tebing Sungai Golok yang mempunyai urusan keluarga di sebelah Thailand.

Sementara itu, Yusoff Abdullah, 52, berkata, lazimnya pada hari minggu, ruang letak ken­deraan di pangkalan haram berkenaan dipenuhi dengan kereta orang awam yang mahu ke Golok.

Bagaimanapun, katanya, sejak kes penahanan enam rakyat Malaysia di Golok, suasana berubah menjadi lengang

“Tak ramai yang melintas sempadan di pangkalan haram ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN