Netanyahu gunakan Macron ‘lari’ dari waran tangkap ICC

Netanyahu gunakan Macron ‘lari’ dari waran tangkap ICC

PERDANA Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan) berjabat tangan dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron selepas sidang media bersama di Baitulmuqaddis, pada 24 Oktober 2023.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan semakin terdesak untuk melepaskan diri daripada waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Beliau didakwa meminta Presiden Perancis, Emmanuel Macron supaya kerajaan Paris tidak menguatkuasakan waran tangkap tersebut menerusi satu perbualan telefon minggu lalu, lapor radio RMC.

Dalam perbualan itu, Netanyahu didakwa meluahkan kemarahannya dan meminta Perancis untuk tidak melaksanakan keputusan mahkamah.

Walaupun belum membuat kenyataan rasmi mengenai isu itu, laporan RMC berdasarkan sumber dalaman mendakwa, Macron menjelaskan kepada Netanyahu bahawa Perancis akan tetap mematuhi undang-undang antarabangsa.

Beliau juga menekankan terdapat kemungkinan hakim boleh memberikan kekebalan kepada ketua negara.

Pada masa sama, Perdana Menteri Perancis, Michel Barnier dalam kenyataan pada Selasa menegaskan, negaranya akan memenuhi kewajiban undang-undang antarabangsa berhubung waran tangkap ICC terhadap Netanyahu.

Mengulas isu tersebut semasa berucap di Perhimpunan Kebangsaan, beliau turut mengesahkan komitmen Perancis terhadap kebebasan ICC dan menekankan mahkamah itu beroperasi secara autonomi.

“Perancis, seperti biasa, akan mematuhi kewajiban undang-undang antarabangsa dalam perkara ini, sama seperti yang lain,” katanya.

Barnier turut mengulangi usaha diplomatik Perancis untuk menghentikan peperangan di Asia Barat, yang berlarutan 13 bulan di Gaza dan berkembang ke Lubnan.

21 November lalu, ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu serta bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant ekoran jenayah perang dan jenayah kemanusiaan di Gaza.– ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN