RANTAU PANJANG: Penduduk di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini kurang bersetuju dengan tindakan Polis Kelantan yang mahu menahan individu yang menggunakan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok untuk Thailand berkuat kuasa 1 Disember depan. Tinjauan Utusan Malaysia di sini dan Tumpat mendapati rata-rata penduduk menyifatkan tindakan itu sebagai mengejutkan. Penduduk yang hanya mahu dikenali Awang, 60 berkata, langkah itu tidak sesuai dilaksanakan memadangkan aktiviti rentas sempadan berlaku sejak puluhan tahun…










