SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berharap lebih ramai lagi ahli dan pengikut Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd. (GISBH) di negeri ini menyertai program pemulihan secara sukarela bertujuan memulihkan akidah mereka. Pengarah JHEAINS, Mohd. Asri Abdullah berkata, buat masa ini, hanya seorang pengikut kumpulan itu berasal dari negeri ini yang mendaftar dengan jabatan tersebut bagi tujuan menyertai program berkenaan. Bagaimanapun beliau tidak menolak sekiranya…