TOKYO: Penunggang basikal yang didapati menggunakan telefon bimbit boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan, di bawah undang-undang lalu lintas yang baharu diperkenalkan di Jepun, semalam. Mereka yang melanggar undang-undang tersebut boleh berdepan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda 100,000 yen (RM3,297). Peningkatan kes kemalangan membabitkan penunggang basikal mula dikesan sejak 2021, susulan ramai yang beralih kepada basikal sebagai alternatif kepada pengangkutan awam sewaktu pandemik, menurut media tempatan. Selain…










