‘Jangan berpisah, jaga adik beradik’ - Utusan Malaysia

‘Jangan berpisah, jaga adik beradik’

MUHAMMAD IKMAL DANISH Abdullah dan adik-adiknya akan tinggal bersama datuk dan nenek selepas kematian ibu bapa mereka yang maut dalam kemalangan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: “Walau jadi apa-apa pun jangan berpisah, jaga adik beradik.”

Itu pesanan terakhir pasa­ngan suami isteri yang maut apabila motosikal Honda Vario dinaiki mereka dirempuh pemandu Perodua Alza yang mabuk pagi semlam kepada anak lelaki tunggal mereka, tiga hari sebelum kemalangan tersebut.

Muhammad Ikmal Danish Abdullah, 15, tidak menyangka pesanan itu merupakan petanda bahawa ibu bapanya akan me­ninggalkan mereka lima beradik buat selama-lamanya dalam kemalangan di Jalan Besar/Jalan Mesjid, di sini.

“Beberapa hari sebelum ini, ayah dan emak bagi amanah kepada saya jangan berpisah dengan adik beradik walau jadi apa-apa pun. Mereka pesan supaya jaga adik-adik,” katanya ditemui di rumahnya di Flat Taman Cendana, di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 4 pagi semalm, pasangan suami isteri, Mohd. Ridzwan Mohd. Rudi, 37, dan Linda Mohd. A. Aziz, 35, menaiki motosikal maut dirempuh sebuah kereta dipandu lelaki mabuk dan jenazah pasangan itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Cahaya Masai, di sini petang semalalam.

Pasangan itu meninggalkan lima anak, Nur Aleesha Aindah Abdullah, 17, (orang kurang upaya), Muhammad Ikmal, Nur Shahkira, 14, Nur Shahmira, 12, dan Nur Aisyah Humairah, 3.

Muhammad Ikmal yang merupakan anak kedua dimaklumkan jirannya bahawa ibunya yang berpakaian serba putih kelihatan berseri-seri ketika menghantar makanan ke rumahnya.

“Ibu bekerja sebagai pembantu kedai makan di Johor Bahru, selalu majikan beri makanan untuk sedekahkan kepada jiran-jiran kami. Jiran beritahu saya kali terakhir ibu hantar makanan, ibu pakai tudung, baju dan seluar semua serba putih,” katanya sambil memaklumkan dia mengetahui tragedi itu apabila dimaklumkan seorang rakannya yang datang ke rumah mereka.

Ayahnya yang bekerja sebagai pemandu lori akan menghantar ibu untuk bekerja di kedai makan terlebih dahulu.

Setelah mendengar per­khabaran itu, nenek dan adik­nya pergi ke lokasi kejadian sebelum memaklumkan kepadanya bahawa bapanya sudah meninggal dunia.

“Saya tidak percaya dan meminta tolong rakan untuk ke lokasi. Dalam perjalanan saya hanya harapkan salah seorang sama ada ayah atau emak masih selamat untuk kami, tetapi dua-dua sudah tiada.

“Malam tadi saya tanya adik, nak tengok gambar emak dan ayah tak? Adik cakap nak te­ngok, saya tunjukkan dalam tele­fon dan adik menangis,” katanya sambil memberitahu mereka lima beradik akan tinggal dengan datuk dan nenek mereka, Mohd. Rudi Abdul Rahman, 61, dan Ramlah Kasiran, 56.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN