IPOH: Ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global melibatkan GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) boleh berhubung dengan polis jika mahu mendapatkan sebarang maklumat termasuk berkaitan keberadaan anak mereka. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zin berkata, maklumat tersebut boleh diperoleh sekiranya waris kanak-kanak itu tampil bertanya kepada polis atau agensi yang berkolaborasi dalam operasi berkenaan. “Dari hari pertama kita melancarkan operasi,…