KUALA TERENGGANU: Sebanyak 31 jalan termasuk dua jalan utama ditutup kepada semua kenderaan selepas dinaiki air berikutan hujan lebat sejak pagi semalam yang membabitkan tujuh di Besut, Hulu Terengganu (9), Setiu (6), Kemaman (5) dan Dungun (4). Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Ir. Dr. Hasli Ibrahim berkata, dua jalan utama ditutup adalah Jalan Seberang Jertih ke Bukit Yong sempadan Terengganu-Kelantan di Kampung Nangka, Besut yang dinaiki air sedalam kira-kira…










