KUANTAN: Seawal pukul 7 pagi, deruman enjin ‘lori hantu’ mula menggegar suasana ladang kelapa sawit di kawasan tanah rancangan Felda disusuli suara riuh rendah pekerjanya menaikkan buah sawit ke atas kenderaan berkenaan. Suasana itu bukan baharu malah sudah rancak sejak awal 1970-an apabila permintaan pengangkutan meningkat ketika itu berikutan kebanyakan kawasan tanah rancangan Felda mengeluarkan hasil kelapa sawit yang banyak. Rentetan itu, penggunaan lori hantu di kawasan-kawasan tanah rancangan Felda…