Aktivis AS mogok lapar desak Biden henti genosid di Gaza

Aktivis AS mogok lapar desak Biden henti genosid di Gaza

HAZAMI BARMADA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Aktivis Amerika, Hazami Barmada melancarkan mogok lapar yang memasuki hari ketiga berhampiran Jabatan Negara AS dan Rumah Putih, semalam.

Tindakan itu sebagai menyeru agar pentadbiran AS menghentikan sekatan makanan yang dikenakan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Bercakap kepada Anadolu, Barmada mengkritik pentadbiran Presiden Joe Biden, khususnya Setiausaha Negara, Anthony Blinken, kerana membiarkan krisis kemanusiaan di Gaza dengan menghantar senjata ke Israel.

“Jabatan Negara kononnya memperjuangkan hak asasi manusia, hak wanita, kesaksamaan jantina, kebajikan kanak-kanak, pendidikan, dan semua perkara ini sedang diserang di Gaza serta Tebing Barat, dengan sokongan penuh dan pengesahan oleh Setiausaha Negara AS.

“Setiausaha Negara AS terus melanggar undang-undang Amerika, dengan menyediakan senjata untuk membunuh orang awam tidak bersalah secara besar-besaran, serta membiarkan kanak-kanak di Gaza kebuluran,” katanya.

Mogok lapar Barmada turut berlangsung di tengah desakan yang semakin meningkat terhadap pentadbiran Biden untuk menghentikan penghantaran senjata ke Israel.

Ini memetik kegagalan Israel melaksanakan tuntutan yang digariskan dalam surat Washington pada 13 Oktober lepas, untuk memperbaiki situasi kemanusiaan di Gaza.

Beliau juga menekankan, pentadbiran semasa masih mempunyai baki 56 hari sebelum pasukan Presiden terpilih, Donald Trump mengambil alih.

Sejak memulakan mogok lapar, Barmada berkata, beliau hilang 5.4 kilogram (kg) dan kesan terhadap tubuh badannya semakin teruk.

“Apabila seseorang kelaparan, organ tubuh mula berhenti berfungsi. Bagi kanak-kanak, kelaparan memberi kesan yang lebih cepat, setiap hari adalah penting,” katanya.

Susulan itu, Barmada menggesa AS untuk mengenakan sekatan terhadap Israel ekoran pelanggaran undang-undang antarabangsa, termasuk menyasarkan pekerja bantuan kemanusiaan, jururawat dan ambulans.

Beliau juga mendesak supaya menghentikan penghantaran senjata buatan AS ke Israel, sebagai tekanan kepada jenayah rejim.– ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×