13.8 juta tan sisa plastik setahun

13.8 juta tan sisa plastik setahun

ROSNANI Nazri menunjukkan sisa plastik yang dikutipnya di Kuala Perlis, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Dianggarkan 13.8 juta tan metrik sisa plastik direkodkan di negara ini setahun termasuk membabitkan beg plastik sekali guna yang sekali gus mampu memberi ancaman besar kepada alam sekitar dan kesihatan.

Justeru, langkah kerajaan untuk mempertimbang menghentikan pemberian beg plastik sekali guna di seluruh negara seawal tahun 2026 disifatkan cukup baik yang perlu segera di­ikuti oleh negeri-negeri yang lain.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Koordinator Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (Grass) Perlis, Rosnani Nazri berkata, penggunaan plastik yang meluas boleh memberi kesan negatif kepada alam sekitar termasuk terhadap kesihatan manusia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kesan kepada pen­cemaran alam sekitar apabila beg plastik yang tidak terurai boleh mencemari tanah dan air sehingga mengakibatkan kerosakan kepada ekosistem.

Ujarnya, ia juga memberi ancaman kepada hidupan liar di mana haiwan boleh tersangkut atau termakan plastik yang boleh menyebabkan kecederaan atau kematian.

Selain itu, katanya, berkaitan peningkatan sisa pepejal, beg plastik yang menyumbang kepada peningkatan jumlah sisa pepejal tersebut yang perlu diuruskan boleh membebankan terhadap sistem pengurusan sisa.

“Antara kesan pencemaran lain adalah terhadap tanah dan air di mana beg plastik yang dibuang sembarangan boleh mencemari tanah dan sumber air. Plastik mengambil masa beratus-ratus tahun untuk terurai, menyebabkan pencemaran jangka panjang.

“Daripada segi pencemaran laut, beg plastik sering kali berakhir di lautan di mana ia boleh membahayakan hidupan laut. Hidupan laut seperti penyu dan ikan boleh tersangkut atau termakan plastik yang boleh menyebabkan kecederaan atau kematian.

“Beg plastik menyumbang kepada jumlah sisa pepejal yang besar sukar diuruskan dan memerlukan ruang pelupusan yang banyak,” katanya.

Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan mempertimbangkan untuk menghentikan pemberian beg plastik sekali guna di seluruh negara seawal tahun 2026.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata, setakat ini, dua nege­ri dan satu daerah iaitu Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu sudah pun me­laksanakan dasar tiada beg plastik sekali guna. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini