JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri menyokong penganjuran Program Sastera Lisan Negeri Johor (SALINJ) oleh Yayasan Warisan Johor (YWJ) yang disifatkan sebagai usaha memugarkan semula bidang sastera dalam kalangan masyarakat. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya negeri K. Raven Kumar berkata, penganjuran program dwitahunan itu mampu menambah pelbagai input baharu yang dapat dikongsikan, khususnya kepada generasi baharu. Menurutnya, usaha itu juga sebagai inisiatif bagi memperkayakan koleksi penerbitan bahan-bahan sastera lisan di negeri…










