Peranan misi pengaman PBB hadapi konflik Israel-Lubnan

Peranan misi pengaman PBB hadapi konflik Israel-Lubnan

KENDERAAN perisai UNIFIL menjalankan rondaan di sepanjang jalan di al-Khardali di selatan Lubnan, pada 17 September lepas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dikerahkan untuk memantau sempadan selatan Lubnan dengan Israel pada 1978, selepas rejim menyerang selatan negara itu.

Mandat untuk operasi itu dikenali sebagai Pasukan Interim PBB di Lubnan atau UNIFIL diperbaharui setiap tahun oleh 15 anggota Majlis Keselamatan (UNSC).

Susulan perang sebulan antara Israel dan kumpulan pejuang Hezbollah pada 2006, mandat untuk UNIFIL diperluaskan apabila UNSC menerima pakai resolusi 1701.

Memuatkan artikel berkaitan…

APAKAH GARIS BIRU?

Garis biru adalah garisan dipetakan PBB yang memisahkan Lubnan dari Israel dan Dataran Tinggi Golan yang diduduki rejim.

Angkatan Israel berundur ke Garis Biru apabila mereka meninggalkan selatan Lubnan pada 2000.

Sebarang lintasan tanpa kebenaran Garis Biru melalui darat atau udara daripada mana-mana pihak merupakan pelanggaran resolusi Majlis Keselamatan 1701.

DI MANAKAH UNIFIL BEROPERASI?

Kawasan operasi pasukan pengaman PBB ditandai dengan Sungai Litani di utara dan Garis Biru di selatan.

Misi itu mempunyai lebih 10,000 tentera dari 50 negara dan kira-kira 800 kakitangan awam, menurut laman webnya.

KANDUNGAN RESOLUSI 1701

Resolusi 1701 membenarkan pasukan pengaman membantu tentera Lubnan memastikan kawasan operasi bebas daripada senjata atau anggota bersenjata selain daripada yang dimiliki oleh negara Lubnan.

Ini mencetuskan pergeseran dengan Hezbollah yang disokong oleh Iran, yang secara efektif mengawal selatan Lubnan walaupun terdapat kehadiran pasukan tentera negara.

Hezbollah adalah kumpulan pejuang bersenjata lengkap dan merupakan kuasa politik paling kuat di Lubnan.

Misi pengaman juga diarahkan oleh resolusi 1701 untuk mengambil semua tindakan yang diperlukan di kawasan penempatan anggotanya, untuk memastikan kawasan operasi tidak digunakan untuk sebarang aktiviti permusuhan.

BAGAIMANA UNIFIL TANGANI PELANGGARAN 1701?

Misi pengaman dikehendaki melaporkan semua pelanggaran kepada Majlis Keselamatan PBB.

Setiausaha Agung PBB pula melaporkan kepada UNSC setiap empat bulan, atau pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai, mengenai pelaksanaan resolusi 1701.

Menurut laman web UNIFIL, pasukan pengaman mengambil langkah pencegahan ketika memantau Garis Biru, termasuk ruang udara, melalui koordinasi, perhubungan dan rondaan untuk mencegah pelanggaran.

Setiap kali berlaku insiden, UNIFIL segera mengerahkan tentera tambahan ke lokasi tersebut jika perlu untuk mengelakkan konflik langsung antara kedua-dua pihak dan memastikan keadaan terkawal.

Misi ini juga berhubung dengan tentera Israel dan Lubnan untuk menghentikan situasi tanpa sebarang peningkatan ketegangan.

PELANGGARAN RESOLUSI 1701

Setiausaha Agung PBB kerap melaporkan pelanggaran resolusi 1701 oleh kedua-dua pihak.

Laporan kepada Majlis Keselamatan pada November 2022 menyatakan penyelenggaraan senjata tanpa kebenaran di luar kawalan negara oleh Hezbollah dan kumpulan bersenjata lain adalah pelanggaran berterusan yang serius.

Laporan yang sama juga menyatakan pelanggaran berterusan ruang udara Lubnan oleh pesawat Israel dan kenderaan udara tanpa pemandu masih menjadi kebimbangan mendalam.

Kebebasan pergerakan pasukan pengaman PBB juga sering dihalang, menurut laporan PBB.

Malah, laporan terbaharu Setiausaha Agung PBB kepada UNSC pada Julai lalu, turut memetik semua isu sama.- REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini