WASHINGTON: Pakar meramalkan jalan pintas menuju ke White House adalah melalui Pennsylvania, negeri tumpuan di antara peta medan perang pilihan raya Amerika Syarikat (AS) yang bakal berlangsung bulan depan. Menurut penganalisis pilihan raya, Nate Silver, calon yang berjaya menawan Pennsylvania mempunyai lebih 90 peratus peluang kemenangan untuk menduduki White House. “Ia adalah lokasi tumpuan utama atau ibu kepada semua negeri ‘swing state’ yang bakal menyaksikan saingan sengit Demokrat dan Republikan,”…










