Pembelot Korea Utara ditangkap, cuba seberang sempadan ke Pyongyang

Pembelot Korea Utara ditangkap, cuba seberang sempadan ke Pyongyang

KOREA Selatan menerima lebih 1,000 pembelot dari Korea Utara setiap tahun.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Polis Korea Selatan menahan seorang pembelot Korea Utara yang cuba menyeberangi sempadan untuk kembali ke Pyongyang dengan menggunakan bas yang dicuri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lelaki terbabit ditangkap pada Selasa di Jambatan Penyatuan yang memisahkan dua Korea, tanpa mempedulikan arahan tentera untuk berhentikan bas dan bertindak merempuh penghadang.

Menurut media Korea Selatan, lelaki berusia 30-an itu memberitahu polis bahawa dia ingin pulang ke Utara setelah mengalami kesukaran hidup di negara itu.

Difahamkan, dia meninggalkan Korea Utara kira-kira sedekad lalu.

Lelaki itu dilaporkan mencuri bas pada Selasa dari sebuah garaj di bandar utara Paju dan ditahan setengah jam kemudian.

Rakaman kamera litar tertutup daripada garaj menunjukka lelaki itu memakai topi, cuba membuka beberapa kenderaan sehingga berjaya memasuki bas berkenaan.

Menurut laporan, dia tidak berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah ketika kejadian.

Dia yang bekerja sebagai buruh harian di Paju dan bandar lain, memberitahu polis sudah memiliki beberapa denda yang belum dibayar, lapor akhbar The Dong-A Ilbo.

Undang-undang Korea Selatan melarang rakyat, termasuk pembelot daripada menyeberangi sempadan ke Korea Utara tanpa kebenaran kerajaan.

Pembelot dari Korea Utara yang tiba di Selatan secara automatik diberikan kewarganegaraan.

Walaupun kira-kira 34,000 rakyat Korea Utara berpaling tadah ke Selatan sejak semenanjung Korea dibahagikan lebih 70 tahun lalu, kes pembelot yang ingin kembali ke Korea Utara adalah jarang berlaku.

Mereka yang didapati melanggar undang-undang ini boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun jika disabitkan kesalahan.

Korea Selatan menerima lebih 1,000 pembelot dari Utara setiap tahun, namun mereka yang kembali ke Pyongyang hanya sekitar 31 orang dari 2012 hingga 2022.– BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN