ALOR SETAR: Tanaman padi darat atau huma menjadi alternatif isi rumah untuk menampung masalah bekalan beras terutama sebagai persediaan menghadapi fenomena El Nino yang mengakibatkan cuaca panas berpanjangan tahun depan. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Datuk Zakaria Othman sehubungan itu mencadangkan agar pesawah yang mempunyai tanah terbiar walaupun di hadapan rumah masing-masing mengusahakan tanaman padi itu. “Tanaman padi huma juga lebih mudah dijaga dan tidak memerlukan pengairan…










