Misi Hera pantau sistem pertahanan asteroid NASA

Misi Hera pantau sistem pertahanan asteroid NASA

GAMBAR edaran 19 Disember 2022 menunjukkan imej asteroid Dimorphos, hampir empat bulan selepas ia terjejas oleh misi DART NASA.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORIDA: Sebuah misi angkasa lepas sedang dalam perjalanan untuk memantau asteroid yang dialihkan oleh Pentadbiran Aeronatik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) dari laluannya pada 2022.

Kapal angkasa Hera dilancarkan dari Cape Canaveral di Florida pada 10.52 malam (waktu tempatan) pada Isnin.

Ia adalah sebahagian daripada misi antarabangsa untuk memantau sistem pertahanan NASA sama ada boleh menghentikan asteroid berbahaya daripada menghentam Bumi.

Projek itu akan mengkaji apa yang berlaku kepada batu angkasa, dipanggil Dimorphos apabila NASA secara tidak sengaja berlanggar dengannya.

Jika semua berjalan lancar, Hera akan tiba di Dimorphos, yang terletak kira-kira 11.26 juta kilometer, pada Disember 2026.

Misi Hera, yang dikendalikan oleh Agensi Angkasa Eropah, adalah susulan daripada projek Ujian Pengalihan Asteroid Berganda (DART) NASA.

Dimorphos ialah bulan kecil berukuran 160 meter lebar yang mengorbit sebuah asteroid berhampiran Bumi yang dipanggil Didymos dalam satu sistem asteroid berkembar.

Pada 2022, NASA berkata, ia berjaya mengubah laluan Dimorphos dengan merempuh probe ke dalamnya.

Laluan batu angkasa itu diubah beberapa meter, menurut saintis NASA.

Walaupun asteroid itu tidak berada di laluan untuk menghentam Bumi, ujian ini dilakukan untuk melihat sama ada agensi angkasa boleh melakukannya apabila terdapat risiko sebenar.

Apabila ia tiba dalam masa dua tahun, kapal angkasa Hera akan mengkaji saiz dan kedalaman kawah hentaman yang dicipta di Dimorphos.- BBC

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN