Korea Selatan jumpa GPS dalam belon sampah Korea Utara

Korea Selatan jumpa GPS dalam belon sampah Korea Utara

BELON sampah yang dikirim dari Korea Utara ke Korea Selatan. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Selatan menemukan pemancar Sistem Penentududukan Global (GPS) dalam beberapa belon dari Korea Utara yang terbang merentasi sempadan.

Korea Utara menghantar ribuan belon mengandungi risalah dan sampah dalam beberapa bulan kebelakangan ini, mendakwanya sebagai tindak balas kepada aktivis Korea Selatan yang menjalankan aktiviti sama.

Beberapa belon yang dikumpulkan oleh tentera Korea Selatan mengandungi peranti GPS, lapor agensi berita Yonhap yang memetik Ketua Turus Bersama.

Kementerian Pertahanan di Seoul tidak segera memberi respons ketika diminta untuk membuat pengesahan.

Belon tersebut menjadi babak terbaharu dalam hubungan antara dua negara Korea yang terus dilanda ketegangan.

Awal Oktober lalu, Korea Utara mendakwa Selatan menghantar dron ke Pyongyang dan menyebarkan risalah propaganda.

Menteri Pertahanan Korea Selatan, Kim Yong-hyun enggan mengesahkan sama ada pihaknya melakukan tindakan berkenaan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui media rasmi, adik kepada pemimpin Korea Utara, Kim Yo Jung, memberi amaran mengenai bencana mengerikan sekiranya satu lagi dron ditemukan di Pyongyang.

Dalam temu bual televisyen hari ini, penasihat keselamatan Presiden Korea Selatan, Shin Won-sik menolak ancaman Utara sebagai perkara yang tidak perlu diberikan perhatian.- BLOOMBERG

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN