ISKANDAR PUTERI: Johor Golf Expo 2024 (JGE2024) yang akan membuka tirainya di Kelab Golf Senibong di sini esok mampu merancakkan sektor pelancongan, seterusnya merangsang pertumbuhan ekonomi negeri. Ini kerana program tiga hari itu berjaya menghimpunkan lebih 2,000 pemain golf amatur dan profesional dari dalam dan luar negara. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ), Datuk Lukman Abu Bakar berkata, kerjasama sektor swasta dan kerajaan sangat penting bagi…










